Saturday, March 6, 2010

Friday, March 5, 2010

Siapa yang ingin bercinta baca ni!!! huhuhuhu XD

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Friday, July 24, 2009

Janganlah jadi Insan yang hipokrit

> > > > Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
> > > > membaca cerita ini.... kalau lebih dua minit lagi baik....
>
> > > Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa
Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin
gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu". Selepas mendengar amaran
lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal
lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing
termasuk Pak Iman tu...
> > > > Lelaki yang bertempik
tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil
berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau
> > > > SEMUA yang
hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat". Lalu
kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah......Sekian. Macam mana, adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas??? Selain terhibur, anda fikirlahlah...
> > > > "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... ",
>
> > > " Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi hanya membawa
mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat
lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak
sembahyang jumaat lagi...",
> > > "Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
>
> > > tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...", "Lawakkan, ramai
orang percaya kepada gossip dan apa yang ditulis oleh surat khabar
daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran",
> > > "Lawak
kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia", "Lawak kan,
kita boleh bersembang dgn boyfriend ataugirlfriend berjam-jam tapi nak
berdoa kepadaALLAH, alahai.. tak cukup masa.... Dan lebih lawak lagi,
bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak
jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak
hantar artikel2 yang berunsur agama. Lawak kan??? Kenapa? Gelak tu kan
realiti.

Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mengundang Laknat

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula.”

Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat ialah jauh daripada rahmat Allah S.W.T kerana kemurkaan-Nya.

2. Selaku umat Islam yang dididik dengan ajaran Islam yang mulia kita amat dilarang daripada melaknat, mentohmah, bercakap keji atau hina serta mencaci maki orang lain atau pun makhluk lain yang tidak berdosa.

3. Oleh kerana laknat adalah termasuk di dalam perkara yang boleh membawa kebinasaan maka kita hendaklah sentiasa berwaspada agar terhindar daripada segala perbuatan keji yang berupa maksiat dan dosa sehingga menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah menimpa diri kita